CARA BUAT & CETAK Buku Program (A4) Menggunakan Microsoft Publisher

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Bermulanya sesi persekolahan sesi 2018, pelbagai jenis aktiviti sukan permainan peringkat daerah dijalankan. Sehinggakan terdapat guru yang tidak menang tangan untuk menanganinya. Mana tidaknya, ada guru yang bertugas melatih murid, ada guru yang bertindak sebagai pengurus yang perlu melengkap pelbagai jenis borang, dan ada juga yang perlu menyiapkan buku program sebagai tuan rumah sesuatu kejohanan itu.

Jadi, pada segmen kali ini, saya ingin berkongsikan pengalaman saya sendiri menyiapkan buku program sesuatu pertandingan. Pada 22 dan 23 Januari yang lalu, saya ditugaskan sebagai AJK Buku Program Sepak Takraw MSSD Sabak Bernam.

Dibawah penulisan blog ini, saya sertakan langkah-langkah secara ringkas tentang penyediaan buku program.

Cara membina buku program adalah berbeza mengikut kemahiran masing-masing. Terpulang kepada anda. Tidak semestinya cara yang saya nyatakan.

23 January 2018

SKRIN YES ALTITUDE BERKELIP BERKALI-KALI DAN ALAT GANTINYA

Asalamualaikum dan salam sejahtera.


Lenovo BL242

Berdasarkan kepada pengalaman sendiri dan perkongsian rakan guru yang lain mengenai Yes Altitude, saya sendiri telah mencuba jalan penyelesaian ini bagi masalah skrin Yes Altitude berkelip-kelip beberapa kali selepas dihidupkan.

Siapa tidak gelisah dan gelabah apabila telefon Yes Altitude "pinjaman" daripada pihak Yes kepada warga guru di malaysia tiba-tiba berubah tingkah laku normalnya. Masalah berkelip-kelip ini juga telah saya kongsikan penulisan mengenainya pada 25 Disember 2017 lalu (rujuk sini).

Pada masa itu, saya masih belum mempunyai alat gantinya. Dan pada 17 januari 2018, saya sendiri telah membeli bateri gantian dan menggunakan bateri gantian jenama Lenovo itu dan Alhamdulillah masalah berkelip-kelip terus hilang. 

Model bateri >> Lenovo BL 242
Kedai bateri >> Saya beli melalui Shopee dengan harga RM19.90. Penghantaran percuma.

Kesimpulannya, di sekolah saya sendiri tiga orang guru telah terkena penyakit bateri ini. Apa yang boleh saya katakan, telefon ini adalah jenis kualiti rendah dan tidak tahan lama. 6 bulan penggunaan, saya sendiri sudah alami masalah bateri. <<Klik untuk baca Isu-Isu mengenai Peranti Yes Altitude>>

Jadi sini saya ingin menunjukkan bagaimana masalah skrin berkelip-kelip pada logo Yes terjadi dan bagaimana masalah ini boleh diselesaikan.

**Penukaran bateri adalah salah satu daripada alternatif pemulihan masalah ini sahaja. Sekiranya terjadi masalah yang sama tetapi bukan disebabkan oleh bateri, maka entri ini boleh diabaikan dan boleh merujuk kepada jurubaiki telefon tempatan. 


18 January 2018

Plug-in Google Drive untuk Word.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Google Drive!
Nama sebuah produk daripada Google ini sangat sinonim kepada warga pendidik. Mana tidaknya, jika sebelum ini dokumen hilang ditelan virus dan tercari-cari fail yang entah dimana lokasi sebenar fail itu disimpan di dalam komputer telah mendorong para guru beralih kepada Google Drive. Says sendiri pun mula mengenal Google Drive tiga tahun dahulu, selepas munculnya Frog VLE.

Google Drive!
sangat memudahkan kerja harian guru. Mana tidaknya, pada hari ini sahaja sudah ramai guru yang telah beralih angin daripada menggunakan buku rekod pengajar kepada fail atau pun berbentuk digital, E-RPH. Saya sendiri merupakan orang yang terlibat dalam reformasi seperti ini.(saya guna fail)

Google Drive + Microsoft Word?
Saya amat gemar menggunakan Microsoft Word berbanding Google Docs. Kebanyakan dokumen saya dalam bentuk format docx atau pun bentuk word. Jika sebelum ini apabila ingin menyimpan sesuatu fail, saya perlu membuka Google Drive dan memuat naik dokumen itu. Keadaan ini amat melecehkan setelah dibuat berkali-kali.

Akhirnya!
saya mula menemui satu plug-in yang memudahkan kerja yang dinamakan sebagai Google Drive plug-in untuk produk Office. Plug-in ini perlu dipasang ke dalam komputer dan hanya memerlukan akaun Gmail anda sahaja untuk disambungkan dan diselaraskan dengan produk office seperti word.

Secara ringkasnya 
Untuk menyimpan fail Buka word. Taipkan kerja anda. Simpan di dalam Google Drive dengan bantuan Plug in.




Untuk membuka fail Buka word. Buka fail dengan mencarinya dalam Google Drive. Edit fokumen sehingga siap. Simpan semula.(memerlukan internet)





07 January 2018

"Two Billion Questions Solved in 2017!" oleh Quizizz

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sudah pastinya tahun 2017 akan meninggalkan kita dan kita akan mula melangkah ke gerbang tahun baru, tahun 2018. Dan pada tahun 2018 inilah juga umur aku akan mula beralih kepada kelompok "3 Series". 

Pada penulisan blog kali ini, aku ingin mengulas mengenai Quizizz. Rasanya, setelah hampir 2 tahun berlalu, sudah semestinya sudah ramai warga guru di luar sana telah pun mengenal kuiz atas talian interaktif yang canggih ini yang dinamakan sebagai Quizizz seakan-akan seperti Kahoot. Jika anda masih lagi terpingga-pingga, anda mempunyai masa untuk mengenal apa itu Quizizz, anda masih belum terlambat lagi. Gunakanlah walaupun sekali dalam seumur hidup ada!


Pada 28 Disember yang lalu, aku telah pun disapa dengan satu emel daripada Quizizz yang bertajuk "How many questions were solved in 2017?". Kebiasaannya aku malas untuk menekan dan membaca isi kandungan emel seperti ini. Walau bagaimanapun, tajuk emel tersebut telah membawa aku untuk membaca dengan lebih lanjut, dan rupa-rupanya...



Ingatkan gambar kentang Twister Macdonald, rupa-rupanya adalah angka 2 billion bagi meraikan jumlah soalan yang terjawab sepanjang tahun 2017 di dalam Quizizz. Hal ini menunjukkan, begitu ramai pengguna di luar sana begitu meminati Quizizz ini terutamanya warga pendidik dalam menjadikan kelas pengajaran dan pembelajaran lebih menarik.

Kenapa aku boleh menerima emel ini?
Bagi setiap pengguna Quizizz, anda akan menerima emel seperti ini dan satu rumusan mengenai pencapaian anda dengan Quizizz akan dipaparkan. 

Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya sudah 488 hari aku bersama dengan Quizizz. Cumanya kuiz rekaan sendiri masih lagi tidak banyak, hanya 16 soalan kuiz sahaja.


Berdasarkan kepada maklumat yang diberikan oleh Quizizz, sebanyak 3654 soalan kuiz yang telah dijawab oleh murid sekolah aku sendiri. Kadang-kadang, walaupun aku tidak masukkan Quizizz ini ke dalam sesi pengajaran dan pembelajaran tetapi hanya diselitkan di dalam Frog VLE sebagai hiburan waktu senggang, rupa-rupanya murid sendiri yang meneroka dan cuba menjawab kuiz yang disediakan. Rajin betul murid-murid sekarang ni!



Klik pautan di bawah untuk ketahui Quizizz dengan lebih lanjut.

31 December 2017

Bateri Telefon YES Rosak?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gambar daripada Amanz
Di saat saya menulis entri ini, sudah hampir 6 bulan jugaklah telefon YES Altitude saya tersadai di dalam kotaknya. Hal ini kerana bateri telefon YES dipercayai sudah tidak mampu lagi membekalkan tenaga walaupun penggunaannya tidak sampai setahun. Saya sangat yakin dan percaya telefon pengeluar lain yang setanding dengannya pun tidak alami masalah remeh seperti ini.


Sudahlah mudah rosak dan tidak berkualiti (dengan izin yang berhormat), alat ganti pun sangatlah sukar untuk dicari dan diperoleh hatta dalam internet sekalipun.

Apabila telefon sudah tidak boleh digunakan, saya cuba untuk memasukkan kad sim YES ke dalam telefon 4G lain tetapi malangnya ianya tidak berfungsi. Rupa-rupanya hanya sesetengah telefon sahaja yang serasi dengan kad sim YES 4G ini.


Apakah tanda-tanda kerosakan bateri YES Altitude?
Daripada pengalaman saya sebagai pengguna YES Altitude adalah pada mulanya bateri menunjukkan kadar penyusutan kuasa bateri yang sangat ketara. Dalam masa beberapa jam sahaja kita boleh perasan kuasa bateri menurun secara mendadak tanpa menggunakanya. Dan apabila telefon dicas dalam masa yang singkat, kuasa bateri kembali penuh. Seolah-olah telefon YES Altitude setanding teknologi pengecasan Oppo. Aiseh...

Pernah juga sekali saya menanggalkan bateri YES Altitude ini. Sebelum bateri ditanggalkan, penunjuk bateri menunjukkan baki kuasa sebanyak 60%. Apabila bateri ditanggalkan dan dipasang semula dan telefon dihidupkan, kuasanya menurun kepada 53%. Kadangkala kuasa bateri tersebut boleh meningkat seperti berlaku sesuatu kuasa ghaib yang mengecasnya. Haha

    

Selain daripada itu, apabila jangka hayatnya sudah sampai, anda akan mengalami kejutan di mana skrin telefon itu akan berkelip-kelip memaparkan logo jenama Altitude berulang-ulang kali untuk jangka masa yang lama sehingga kuasa bateri habis. Inilah yang saya alami.


Bagaimana cara nak tahu bateri YES Altitude sudah rosak?
Apa yang saya lakukan ialah saya pinjam telefon YES Altitude isteri. Saya masukkan bateri telefon YES isteri ke dalam telefon YES saya. Jika telefon stabil dan dapat digunakan, ini bermakna telefon YES anda belum lagi rosak dan anda hanya perlu menukarkan bateri lama kepada yang baru.

Bagaimana cara mendapatkan bateri gantian YES Altitude?
Hasil perkongsian rakan-rakan media sosial, masalah ini mempunyai penyelesaiannya.


Rupa-rupanya jenama Lenovo boleh digunakan sebagai alat ganti bateri Yes Altitude.

Para pembaca boleh merujuk kepada komen daripada laman BTPN Selangor di sini :

Pembelian atas talian :
25 December 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -