Assalamualaikum dan salam 1keharmonian.

Mengapa anda dipilih sebagai Guru Muda 1 Malaysia untuk Frog VLE?
Salah satu sebabnya ialah faktor umur anda yang belum menjangkau had umur 40 tahun ke atas. Keutamaan diberikan kepada golongan warga pendidik yang muda kerana golongan ini boleh dikatakan mahir dan cekap dalam bab pengurusan ICT dalam bilik darjah. 


Sebagai GM1M, perkara utama yang perlu anda miliki ialah pek sumber tentang cara pengurusan dan tindakan GM1M nanti di sekolah. Di dalam pek sumber, kita boleh dapati cara bagaimana menyediakan site pembelajaran dengan lebih teratur dan menarik. Pengenalan dan penggunan widget utama seperti media/teks/Scorm/poll/embed website/quiz/ dalam sesebuah site turut dijelaskan.

Dengan kata lebih mudah, segala panduan telah diberikan. GM1M hanya perlu bertindak sebagai golongan pemula bagi mengaktifkan penggunaan Frog Vle diperingkat sekolah. Dengan harapan yang tinggi, GM1M mampu membawa perubahan kepada sistem pendidikan Malaysia yang lebih berkualiti dengan memainkan peranan sebagai fasilitator membantu guru lain yang memerlukan bantuan dan nasihat berkaitan FROG VLE.

Terdapat dua jenis penggunaan laman pengajaran yang disyorkan. Kebiasaannya, guru akan menggunakan cara pertama kerana faktor kemudahan komputer dan internet di sekolah. Bagi  murid di kawasan bandar, kedua-dua cara ini tidak menjadi masalah kerana murid mudah untuk mengakses tugasan yang diberikan dimana-mana sahaja. Bagi murid di kawasan kampung dan pedalaman, cara pertama lebih dipraktikan kerana peluang untuk mereka mengakses FROG di rumah adalah sangat tipis kecuali hanya beberapa keluarga murid yang berkemampuan dalam menyediakan komputer dan internet.

ISU dalam Frog VLE
Walaupun 1Bestarinet meletakkan kepercayaan yang tinggi kepada GM1M dalam membantu guru lain menggunakan FROG, jika masalah utama tidak diatasi seperti isu internet YES yang dibekalkan kepada sekolah-sekolah masih belum memuaskan hati warga pendidik, pada pendapat saya, usaha murni ini akan menjadi lebih rumit.

Isu seterusnya ialah penambahan bebanan kerja warga guru. Hal ini berpunca daripada talian internet yang bermasalah. Dalam penyediaan site dengan talian internet yang lemah, masa yang lebih lama diperlukan. Keadaan ini boleh memberi kesan negatif kepada psikologi guru yang mana umum sedia maklum dengan beban tugas guru sedia ada pada zaman ini. Akhirnya, guru kembali kepada kaedah Chalk & Talk dan menunjukkan sikap kurang berminat dengan Frog lagi. Keadaan ini sangat bahaya sekali!


Sekian, pendapat peribadi saya.