Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada tahun ini, kelihatan banyak sekolah berlumba-lumba untuk mencapai KPI% pengguna VLE Frog dalam kalangan murid semasa Pengajaran dan Pembelajaran. Walaupun ada yang cuba mengatakan khabar angin bahawa VLE FROG ini akan dimasuhkan kerana semakan bajet tempoh hari, namun sehingga sekarang tiada berita malah program ini masih diteruskan lagi.


Data yang diperoleh dari sistem Analytic sekolah boleh dipindahkan ke dalam bentuk yang lebih mudah dilihat. Bagi sekolah saya, paparan data dilakukan dalam bentuk hamparan Google yang mana akan dibenamkan ke dalam Laman Pengurusan Sekolah 2016. Oleh itu semestinya laman ini perlu dijadikan sebagai laman utama yang akan dipaparkan selepas guru log masuk.

Setiap minggu, keputusan capaian KPI% VLE akan dikeluarkan. Oleh itu, data yang diberikan pihak PKG ini perlu dipindahkan ke dalam hamparan elektronik untuk mudah dilihat, diproses dan untuk diambil tindakan seterusnya.



Seterusnya, kita juga boleh bina hamparan data dengan tujuannya melihat perbandingan antara tahun-tahun yang sebelumnya. Sebagai contoh, saya bina sebuah jadual untuk lihat sejauh mana penggunaan VLE Frog tahun semasa jika dibandingkan dengan tahun terdahulu.

ANALISIS LOG MASUK

Selain daripada capaian KPI% murid, pihak sekolah boleh juga melihat sejauh mana usaha guru untuk log masuk dan meninjau isi kandungan laman VLE Frog ini mengikut minggu, sama seperti murid. Daripada sini, pihak sekolah boleh tetapkan KPI% tersendiri di peringkat dalaman sekolah.

... Sekian terima kasih ...