25 April 2017

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tablet Guru merupakan hadiah pemberian Kerajaan Malaysia kepada guru sebagai gajet untuk mengakses internet dan mencari bahan PDPC yang dilengkapi dengan aplikasi E-Tutor dan E-Utusan. Tablet Guru ini tidak sama seperti Peranti Altitude Yes yang telah diberikan yang mana peranti itu perlu dipulangkan kepada pembekal pada suatu hari nanti.

Walaupun Tablet Guru menjadi hak milik kekal seorang guru, namun terdapat beberapa fungsi tablet telah disekat untuk diakses oleh guru. Di antara masalah yang timbul adalah fungsi 'Settings' yang telah dinyahaktifkan. Ini bermakna untuk urusan pengubahsuaian tetapan tablet tidak dapat dilakukan seperti mana pada telefon peribadi kita. Keadaan ini amat mendukacitakan.

Saya sendiri telah menghubungi meja bantuan Utusan. Sebenarnya, MOE telah pun mengunci Tablet Guru. Alasan yang diberikan adalah kerana bagi mengelakkan berlaku masalah pada tablet tersebut oleh kerana pemasangan aplikasi lain yang mungkin akan memperlahankan fungsi tablet tersebut. Ini adalah bagi mengelakkan guru tidak mempunyai masalah untuk mengakses E-Tutor dan E-Utusan yang mana berkemungkinan menganggu pencarian sumber PDPC guru.

Masalah ini telah menjadi tular dalam media sosial. Ramai guru tidak menyenangi perkara ini. Walaupun begitu, terdapat di antara pengguna media sosial telah berkongsi cara untuk membuka semula sekatan tersebut. Saya sendiri telah mencubanya sendiri dan telah pun berjaya!. Yang penting, apps E-Tutor dan E-Utusan tidak hilang. Saya akan kongsikan caranya di bawah penulisan ini nanti.


Penerangan ringkas daripada saya.

  1. Muat turun app Android Device Manager (ADM) dalam telefon.
  2. Log masuk ke dalam ADM dengan menggunakan akaun yang sama pada akaun Play Store tablet Lenovo.
  3. Cari device bernama Lenovo Tab3 dalam senarai telefon anda.
  4. Jika tidak menjumpainya, pastikan internet dan GPS telah dihidupkan pada tablet.
  5. Buat carian device sekali lagi pada telefon.
  6. Jika sudah menjumpainya, pilih Lenovo Tab3 dan klik pada 'Ring' untuk membunyikannya.
  7. Jika tablet telah berbunyi, anda boleh tekan butang 'Erase' untuk memulakan sesi nyah kunci tablet.
  8. Selamat berjaya



Saya gunakan app Mobizen Screen Recorder untuk merakam video di atas ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -