13 September 2017

Assalamulaikum dan salam sejahtera.



Pada akhir bulan Ogos, saya telah menerima satu surat arahan daripada PPD agar setiap Guru Ikon PAK 21 setiap sekolah daerah Sabak Bernam dapat menyediakan satu rakaman pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, bagi memenuhi arahan tersebut, saya telah pun merakamkan satu video mengenai pengajaran dan pembelajaran yang saya jalankan sendiri di dalam kelas.

Rakaman dijalankan di dalam kelas tahun 4. Subjek yang dipilih adalah Teknologi Maklumat & Komunikasi. Manakalah tajuk yang diajar adalah mengenai bidang multimedia : Elemen dalam Multimedia.

Oleh kerana video ini telah dimuat naik ke dalam simpanan video YouTube saya, jadi rasa rugi jika saya tidak tuliskan satu kisah mengenainya di dalam blog ini sebagai perkongsian. Ini bukan contoh yang terbaik. Saya yakin cikgu-cikgu mempunyai kaedah yang lebih baik.

Video ini bukanlah mengenai kaedah pengajaran yang terbaik tetapi saya cuba untuk menjadi pengamal PAK21. Secara jujurnya, agak sukar untuk saya jalankan kaedah ini lagi-lagi bagi memenuhi elemen pentaksiran SKPMG2.

Saya mulakan dunia abad ke 21 dengan memilih kaedah yang popular iaitu Gallery Walk. Lima stesen perlu diwujudkan bagi tajuk ini. Oleh itu, saya menggunakan khidmat fail kosong kerana dapat ditegakkan di atas meja dengan stabil. Ini merupakan cara termudah dan termurah. Sepatutnya, kita perlu ada papan atau kadbod untuk menyokong bahan pameran kita. Jadi, jangan contohi saya sebab bukan inovasi!

Segala jenis BBM disediakan dalam laman VLE. Dengan menggunakan projektor dan juga Chromecast, saya dapat menghasilkan pengajaran tanpa wayar dan saya bebas bergerak di dalam kelas. Aplikasi Frog Snap turut digunakan sebagai alat yang membantu saya untuk memuat naik hasil kerja murid ke dalam laman VLE saya.


Video di atas digabung dan disunting menggunakan perisian Cyberlink Power Director. Dirakam dengan menggunakan telefon Samsung Note 2. Saiz asal suntingan video adalah 1.8Gb dan dapat "compressed" kepada 300Mb dengan menggunakan perisian sumber terbuka HandBrake


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -