Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pada minggu yang lepas, saya telah pun merancang dan menjalankan satu PDPC yang cuba untuk mengalakkan pengamalan pedagogi abad ke-21 pada masa kini. Di sini, saya cuma ingin berkongsi bagaimana cara saya menyediakan bahan dan juga bagaimana proses PDPC itu berjalan. Saya yakin dan percaya guru Matematik di luar sana mampu melakukan aktiviti yang lebih baik daripada ini.

Mengikut DSKP Matematik tahun 6, murid diperkenalkan dengan Piktograf, Carta Palang dan Carta Pai. Oleh itu, dalam PDPC ini, saya hanya memilih piktograf dan carta palang sebagai aktiviti dalam PDPC ini.

Sebelum murid menjalankan aktiviti kumpulan, guru menerangkan perbezaan di antara piktograf, carta palang dan carta pai. Seterusnya, murid duduk di dalam kumpulan. Kekangan saya adalah murid seramai 43 orang di dalam 1 kelas. Maka, saya sediakan sebanyak 8 kumpulan murid seramai lima atau enam ahli dalam satu kumpulan. Meletup kelas.


Ketua kumpulan dipanggil ke satu tempat rahsia. Guru menerangkan langkah-langkah menyelesaikan masalah yang diberikan. Ketua ini nanti akan menjelaskan semula tentang apa yang perlu mereka lakukan di dalam kumpulan nanti.

Maka, bermulalah aktiviti berkumpulan dengan cubaan murid menyediakan dua jenis persembahan data, piktograf dan carta palang. 

Semasa sesi pembentangan hasil kerja kumpulan dijalankan di hadapan kelas, setiap kumpulan perlu menjawab satu soalan yang dicabut keluar daripada sebuah kotak. Soalan seperti di bawah:


Kumpulan yang menang ditentukan berdasarkan kepada jawapan dan persembahan carta data yang betul.