FROG VLE : Memilih Masa MULA & TAMAT Video YouTube

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


YouTube!
Merupakan enjin carian kedua selepas Google. Ini bermakna YouTube sering menjadi sumber rujukan kepada semua orang dalam mencari sesuatu maklumat. Hal ini adalah kerana trend pada zaman sekarang manusia lebih gemar menonton video daripada membaca sesuatu artikel. Anda pula bagaimana?

Dalam PDPC,
YouTube memainkan peranan penting dalam menyampaikan isi kandungan pengajaran. Bagi saya, saya sering menggunakan sumber ini dalam menerangkan konsep dan juga menunjukkan jalan kira bagi subjek matematik. Hal ini adalah sangat memudahkan dan menjimatkan masa. Sumber rujukan saya adalah video pengajaran Cikgu Romie!

Masalah
yang timbul di sini adalah apabila saya ingin menggunakan sebahagian daripada video tersebut sebagai sumber PDPC saya. Sebagai contoh, jika durasi video itu adalah 16:30 minit, sedangkan kita mahu menggunakan isi kandungan video pada minit 4:22 hingga 7:35, maka di sini menjadi satu masalah. Jika gunakan video itu juga dan masukkan ke dalam Frog VLE, maka video itu akan dimainkan dari mula dan berterusan selama 16 minit 30 saat. Boleh terjejas sesi PDPC tu nanti!

Bagaimana saya
memulakan video YouTube pada minit 4:22 dan tamat pada minit 7:35. Jadi, di sini saya kongsikan bersama untuk panduan semua pembaca. Sila perhatikan dan bandingkan URL asal dengan edit.


Pautan Asal:

https://www.youtube.com/watch?v=SMZ2ZTxRrJ4



Pautan Edit:
https://www.youtube.com/embed/SMZ2ZTxRrJ4?start=262&end=455

Untuk menentukan sesuatu video itu MULA dan TAMAT adalah dengan merujuk kepada kod terakhir iaitu
?start=262&end=455.

'262' dan '455' adalah merujuk kepada unit saat. Video ini bermula pada minit 4:22 saat dan tamat pada minit 7:35 saat.

Jika
anda mengalami masalah untuk menukar unit minit kepada saat, anda boleh ke laman ini. Time Converter


**Video Cikgu Romie yang telah selamat di ejas.

Video berjaya diembed dan dimainkan mengikut selang masa yang dipilih.

Isu-Isu Berkaitan Peranti Yes Altitude Guru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ya! Setiap orang guru telah dibekalkan dengan peranti Yes Altitude. Peranti ini hanya untuk sekolah yang menerima rangkaian 4G sahaja. Peranti ini berfungsi membantu guru dalam proses PDPC dalam pemberian tugasan, melayari Frog Vle dan juga melayari maklumat lain di Internet. Walaupun begitu, terdapat beberapa isu yang timbul dalam kalangan guru. Apakah isu-isu tersebut?


1) Proses Menunggu yang Lama
Apa yang saya maksudkan adalah mengenai kes bagi peranti YES yang hilang dan rosak, permohonan baru bagi guru baru dan lama. Saya sendiri telah membaca SOP yang diedarkan pada awal-awal penyerahan peranti dulu. Sehingga kini, berita peranti untuk rakan guru yang lain masih lagi tidak kedengaran.



2) Peranti Yes Altitude Tidak Tahan Lasak
Tidak sampai setahun peranti ini diedarkan kepada guru-guru, terdapat kes peranti rosak. Di antaranya ialah peranti gagal berkomunikasi rangkaian 4G dan juga bateri yang telah rosak. Apabila diajukan kepada meja bantuan, perkara yang perlu dibuat adalah dengan membuat laporan kerosakan. Itu sahaja. Untuk proses pembaik pulihan peranti sehingga kini tiada maklumat lagi. Saya sendiri mengalami masalah bateri yang rosak. Saya hanya menggunakan peranti ketika mana kuota peribadi sudah kehabisan dan malangnya akibat sikap cermat saya ini telah mengakibatkan bateri peranti rosak. Pelik kan?

3) Bateri Peranti YES mudah Kering!
Apabila pengguna menghidupkan 'Mobile Data', memang tidak dinafikan bahawa bateri akan cepat habis. Oleh kerana keupayaan baterinya yang agak terhad, peranti sering kehabisan tenaga dan perlu dicas kerapkali. Ini yang saya sendiri alami.

4) Kuota 2Gb Peranti yang Mudah Habis
Saya sendiri merasa pelik dengan kuota 2Gb yang dibekalkan. Kuota ini cepat habis entah ke mana hilangnya. Saya mempunyai pengalaman bagaimana saya memuat turun sebuah perisian berkapasiti 27Mb di internet. Setelah selesai proses muat turun, saya menyemak kuota dan telah berkurang sebanyak 200Mb. Akhirnya saya membuat laporan ke meja bantuan dan akhirnya saya dipersalahkan kerana mereka mengatakan "mungkin" peranti saya sedang mengemaskini perisian di Playstore. Saya sendiri menyaksikan telefon tidak berbuat apa-apa melainkan memuat turun perisian di internet itu sahaja. Kawan saya turut mengeluh mengenai hal yang sama.



5) Tidak Semua Kawasan Mempunyai Rangkaian Yes 4G.
Bagi guru yang menetap di kawasan jauh daripada sekolah dan di kawasan luar bandar, peranti hanya dijadikan sebagai hiasan dirumah kerana tiada liputan Yes 4G. Saya sebagai Guru Admin telah menerima laporan daripada kalangan guru mengenai hal ini dan perkara ini amat mendukacitakan.


6) Tidak Banyak Dongle yang Masih Berfungsi Baik.
Untuk menggunakan baki 2Gb kuota Yes lagi, setiap guru wajib menggunakan peranti lain yang dinamakan sebagai Dongle. Setiap sekolah telah dibekalkan dengan peranti ini pada satu masa dahulu dan sekarang, tidak banyak lagi peranti ini yang berfungsi dengan baik. Kadang-kadang guru perlu berebut untuk menempah peranti ini daripada Guru Admin. Akhirnya, guru mengambil langkah membeli peranti Dongle di pasaran luar dengan harga lebih kurang RM100.



7) Rangkaian 4G yang mudah 'Down'.
Jika dibandingkan dengan rangkaian talian internet daripada syarikat telekomunikasi lain seperti Celcom, Maxis, Digi, Umobile, Webe, hanya Yes 4G sahaja kerap mengalami masalah seperti ini. Saya menulis isu ini berdasarkan kepada keadaan di kawasan saya sendiri. Alhamdulillah, saya menerima bar penuh bagi Yes 4G di rumah dan di sekolah. Walaupun bersignal penuh, tetapi apabila rangkaian telah 'Down' maka itu tidak bermakna lagi.


Boleh rujuk senarai penuh telefon di sini.

8) Simkad YES yang Memilih Peranti!
Kenapa saya katakan begitu. Itulah polisi syarikat mereka di mana simkad YES ini tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan pada mana-mana peranti lain seperti Samsung, Lenovo dan lain-lain melainkan terdapat beberapa jenis telefon yang disenaraikan oleh mereka. Saya cuba untuk menggunakan simkad YES pada telefon jenis ZTE 4G dan malangnya, simkad gagal berkomunikasi dengan rangkaian 4G.

9) Keupayaan Kamera yang Amat Terbatas.
Lihatlah ke dalam pasaran telefon dunia pada hari ini, semua syarikat berlumba-lumba untuk menambah baik kualiti kamera. Bagi peranti Yes, kualiti gambar adalah lemah dan keadaan ini menjadi lebih teruk apabila bergambar pada waktu malam. Bagi pengguna yang mementingkan kualiti gambar, adalah tidak digalakkan sama sekali. Saya sendiri pun faham, peranti percuma yang perlu dipulangkan pada suatu hari nanti.

10) Pulangkan Semula atau Tidak?
Persoalan ini sering bermain dalam minda dan sering ditanya-tanya oleh guru. Setakat yang difahami, peranti Yes adalah pinjaman oleh syarikat Yes dan perlu dipulangkan kepada mereka pada suatu hari ini. Maka di sini timbul satu keadaan di mana, terdapat warga guru yang 'takut' menggunakan peranti ini kerana berstatus pinjaman. Akhirnya, terdapat peranti Yes yang masih berbalut plastik yang diselimuti kotak biru yang cantik tersorok di dalam almari baju di rumah.


Walaupun begitu, kelebihan peranti tetap ada. Saya cuba senaraikannya secara ringkas iaitu capaian kepada Internet dengan kuota 4Gb  setiap bulan secara percuma. Apabila internet peribadi telah kehabisan, maka Yes Altitude akan bertindak sebagai 'Back Up' dan kelajuan rangkaian masih dalam keadaan yang baik terutamanya pada waktu kemuncak tidak seperti perkhidmatan syarikat telekomunikasi yang lain.

Selain itu, peranti Yes memudahkan saya untuk menghubungi meja bantuan Yes secara percuma apabila sekolah mengalami masalah. Tidak perlu lagi untuk berlari ke pejabat sekolah dan membazirkan kredit telefon sendiri.

[MUAT TURUN] : DOKUMEN / TIPS / TUTORIAL BERKAITAN FROG VLE.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Untuk ruangan kali ini, di sini saya ada menyediakan laman memuat turun dokumen yang berkaitan dengan Frog VLE untuk tuan/puan. Saya menggunakan sumber yang diperoleh dalam Group Telegram Golden Gold of Frogasia (Guru Advokasi Emas Malaysia) dan juga sumber-sumber lain.

1Bestarinet Fasa 2

Peranti Yes Altitude

Perkongsian Amalan Terbaik VLE

Modul, Tips & Tutorial Frog VLE

Lain-Lain Dokumen
6. Contoh Laporan Frog Classroom (pdf)
7) Wajib Memiliki Google Chrome! (slide)



***Insyallah, saya akan penuhkan laman ini dengan sumber hasil perkongsian oleh rakan-rakan lain. 

SOALAN KUIZ FROGPLAY SALAH? APA TINDAKAN KITA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada awal tahun ini, kemaskini terbaru telah disediakan dalam Frog Vle iaitu FrogPlay. Walaupun begitu, sering timbul rungutan oleh para pendidik apabila soalan kuiz yang ditawarkan mempunyai beberapa kesalahan pada pilihan jawapannya. Pada kesempatan ini saya ingin berkongsikan cara bagaimana kita boleh membantu Frogasia bagi mengesan soalan yang salah yang telah disediakan dalam Kuiz FrogPlay.

Sebenarnya, cara ini sudah pun berada di dalam buku manual FrogPlay edisi Guru pada halaman 11, nombor 3.4.1 (Menanda bendera pada soalan). Jadi, jom saya jelaskan semula bagaimana caranya dilakukan.

Petikan daripada Manual FrogPlay Edisi Guru. 

Buka kuiz FrogPlay. Anda digalakkan untuk view/lihat dahulu soalan yang ditawarkan. Jika berlaku sebarang masalah kesalahan, kita amat digalakkan untuk menekan ikon bendera dan taipkan ulasan anda dan juga jawapan cadangan anda.

LAWATAN PENANDA ARAS DI SK TOK DIR, TERENGGANU

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Pada 30 April yang lalu, saya telah mengikuti lawatan penanda aras Sekolah Kebangsaan Sg Haji Dorani ke Sk Tok Dir, Terengganu. Saya megikuti lawatan ini adalah secara tidak langsung. Oleh kerana Isteri saya wajib mengikuti lawatan ini, saya pun perlu menyertainya oleh kerana perlu menjaga anak yang masih kecil.

Saya di hadapan Frog Classroom SK Tok Dir, Terengganu
Lawatan pemanda aras ini bertujuan tidak lain dan tidak bukan adalah mengenai perkongsian amalan terbaik Frog VLE bersama Guru Advokasi Emas VLE iaitu Cikgu Rosman Abadi bin Abdul Razak. Untuk pengetahuan semua, beliau adalah finalist 10 orang Guru Inspirasi yang akan merebut anugerah 1BNTA bagi tahun 2017. Semoga berjaya cikgu!

Kejayaan SK Tok Dir. Ada lagi yang belum ditampal tu.
Kedatangan kami telah disambut mesra oleh Cikgu Rosman sendiri. Kami telah dibawa ke bilik mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai cara beliau dan pihak pentadbir membudayakan Frog VLE di sekolahnya. Setelah itu, kami di bawa terus ke Frog Classroom bagi melihat dengan lebih dekat lagi bilik abad ke 21 itu. Cantik dan warna yang menarik! Itulah yang saya boleh saya ucapkan.


Pelawat mendengar taklimat disampaikan oleh Cikgu Rosman

Pertama kali mencuba Chromebook. Laju, pantas dengan talian yang power!
Beliau meneruskan lagi dengan menunjukkan dengan lebih mendalam bagaimana beliau mengendalikan laman VLE. Kami turut diajak ber'Kahoot' dan ber'Quizizz'. Semua guru lawatan sangat gembira dan berpuas hati.



Yang menarik, SK Sungai Haji Dorani merupakan sekolah jauh yang sudi berkunjung ke Frog Classroom SK Tok Dir.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -