Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Bagi meraikan usaha guru-guru dalam pelaksanaan Frog VLE di sekolah-sekolah, pihak YTL telah menjalankan satu undian atas talian bagi mengiktiraf "Guru Inspirasi Anda" abad ke 21. 1BestariNet Teacher Awards telah dianjurkan sejak tahun 2014 untuk menghargai guru-guru di seluruh Malaysia. Pada tahun 2017 ini, matlamat YTL adalah untuk meraikan dan mengiktiraf guru-guru yang mempraktikkan pendekatan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21.


Pencalonan kali ini telah dibuka pada 22 Mac yang lalu. Sesiapa pun boleh mencalonkan nama guru yang dirasakan layak untuk anugerah ini. Murid, guru, pegawai pendidikan pun boleh mencalonkan guru di sekolah dan daerah masing-masing.

Dalam masa yang sama, murid turut berpeluang untuk menghantar ucapan dedikasi kepada guru yang disayangi. Ucapan yang terpilih akan disiarkan dalam laman 1Bestarinet sebagai penghargaan kepada mereka. 

Pada 20 April yang lalu telah dibuka undian untuk 10 orang guru terpilih seluruh Malaysia yang akan merebut Anugerah Guru 1Bestarinet pada tahun ini.




Tahniah kepada 10 orang guru hebat ini. Bagi mengundi guru ini, anda dibenarkan untuk mengundi sekali sahaja mengikut kepada emel masing-masing. Saya turut tidak melepaskan peluang ini untuk mengundi rakan guru yang saya rasakan layak untuk anugerah kali ini.

Anda boleh klik pada Profil Guru untuk mengenali 10 orang guru hebat ini dengan lebih dekat lagi.