Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pada 26 Januari yang lalu, satu emel daripada FrogAsia telah menerjah ruang Inbox emel Yes saya yang bertajuk : Kuiz Frog Anda Terpilih!

Saya mula membuka emel YES setelah ianya mula tular di dalam group Guru Advokasi VLE Malaysia. Alhamdulillah, rupa-rupanya ada juga sumbangan digital saya dalam bidang pendidikan.

Akhirnya, kita sudah tidak perlu lagi bertungkus lumus mereka cipta soalan/kuiz VLE untuk ditugaskan kepada murid. Kita boleh dapatkan kuiz rakan-rakan guru yang lain dari serata negeri dengan hanya melakukan carian dalam VLE.

Tahniah kepada rakan-rakan yang lain yang turut memperoleh pengiktirafan sumbangan dalam VLE.

Saya ditawarkan dengan 16 buah kuiz VLE yang ingin diterbitkan oleh Frogasia. 

Setelah kita diminta meneliti senarai kuiz yang dicadangkan untuk diterbitkan oleh Frogasia, kita perlu mengisi borang online (google Form) sebagai tanda persetujuan. Kemudian kita akan diberikan sijil digital yang mengiktiraf sumbangan yang diberikan.



Kesan positif yang saya nampak adalah, guru-guru ProVLE akan lebih bersemangat untuk terus memberikan sumbangan digital dalam bentuk laman dan kuiz untuk rujukan semua guru.

Mana tidaknya, perhargaan yang kecil mampu mencetus semangat meluap-luap guru. Seperkara lagi, ini boleh dijadikan sebagai eviden sumbangan tuan/puan  kepada bidang pendidikan dalam Fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP).