04 October 2017

Assalmualaikum dan salam sejahtera.


Untuk minggu-minggu yang masih berbaki kira-kira dua bulan lagi sebelum sesi persekolahan 2017 ditamatkan, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah menghantar surat kepada semua sekolah berkenaan aktiviti pasca UPSR untuk murid tahun 6 dengan menggunakan FrogPlay.


Oleh itu, setiap sekolah perlu merancang satu aktiviti yang bersesuaian dengan mereka. Jadi, apabila adanya sesebuah aktiviti perlu adanya kertas kerja dan juga laporan yang menyusul selepasnya sebagai tanda dokumentasi yang lengkap. Insyallah jika terdapat pemantauan, skor 5 senang-senang boleh diperoleh.

Jadi, sebagai permulaan, saya wujudkan satu Kertas Kerja dengan ahli jawatankuasanya terdiri daripada semua guru tahun 6 terutamanya subjek teras yang telah pun selesai dengan silibus akademiknya. Bina satu Jadual Aktiviti FrogPlay dengan memasukkan semua subjek teras. Jadi, makmal komputer perlu ditempah khas untuk murid dan guru menjalankan aktiviti ini.






Manakala guru admin VLE yang bertanggungjawab perlu membina satu laman pertandingan FrogPlay dengan memasukkan kuiz-kuiz yang disusun mengikut minggu persekolahan. 

Bagi mengelakkan murid terkeliru dan menjawab kuiz yang berlainan, kita boleh tetapkan peraturan (rules) bagi setiap widget yang digunakan. Sebagai contoh, kita tetapkan Kuiz Bahasa Melayu hanya boleh dilihat oleh murid pada sekian-sekian tarikh sahaja.



Bagi nampak lebih menarik, saya telah binakan papan markah yang dikemaskini setiap hari bagi menaikkan semangat murid berlumba-lumba menjawab soalan FrogPlay dengan betul dan tepat. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

# CARI DI SINI

LATIH TUBI MATEMATIK UPSR

#IKUTI DI FACEBOOK

#IKUTI MELALUI EMEL

#GOOGLE+ CIKGU AFIQ

#SUKA DILIHAT

pablodolah. Powered by Blogger.

- Copyright © "PHOTO IN ZONE" - Metrominimalist - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -